Pemandu bas ekspress Mayang Sari dirakam penumpang memandu sambil bermain handphone dan menghisap rokok.. "Barangkali ini antara sebab kemalangan jalanraya berlaku. Merokok, membaca mesej dan membalas mesej ketika memandu. Tidak semua pemandu begini maka jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Rakaman sewaktu saya berada dalam bas Mayang Sari no plat JRU7400 dari TBS ke Muar. Ya adakalanya kebajikan mereka tidak terjaga dan mereka berusaha mencari rezeki yang halal namun cukuplah hadis Nabi Muhammad SAW ini menjadi peringatan untuk kita semua. Dari Abû Sa’îd Sa’d bin Mâlik bin Sinân al-Khudri Radhyallahu anhu, Rasûlullâh Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Tidak boleh ada bahaya dan tidak boleh membahayakan orang lain. Barangsiapa membahayakan orang lain, maka Allâh akan membalas bahaya kepadanya dan barangsiapa menyusahkan atau menyulitkan orang lain, maka Allâh akan menyulitkannya." [Hadis Riwayat Al-Hakim (II/57-58)]" via Firdaus Wong Wai Hung official page
Posted by VideoViral dotcom on Monday, December 26, 2016